Rumusan Karya Penulisan Bertajuk Caturan Politik Pelbagai Kaum Di Tanah Melayu 1946-1957." Jebat:
Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies 37 (2010): 68-85.
1.0
PENGENALAN.
Artikel
yang diberi tajuk Caturan Politik Pelbagai Kaum Di Tanah Melayu
1946-1957." Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic
Studies 37 (2010): 68-85 ditulis oleh
saudara Ishak Saat dari Universiti Sains
Malaysia. Penulisan artikel ini berkisar perkembangan dan perjalanan golongan
nasionalisma yang memperjuang kemerdekaan negara dan dikatakan berhaluan
radikal kerana menentang British dan Malayan Union. Perjuangan mereka bermula
dengan penyebaran akhbar dengan menyampaikan maklumat dan idea-idea
nasionalisma yang ditulis oleh wartawan bagi membantu perkembangan tersebut..
Walaupun ditindas dan dihalang oleh British mereka masih bersemangat untuk
berjuang menuntut kemerdekaan. Artikel ini ditulis untuk memberi pendedahan
kepada umum bahawa walaupun mereka ini dikatakan golongan radikal, mereka juga
adalah pejuang kemerdekaan. Golongan nasionalisma radikal inilah yang telah
merintis jalan kemerdekaan menentang British dan Malayan Union kerana merekalah yang mula menjalinkan kerjasama
politik pelbagai kaum bagi memperjuangkan kemerdekaan negara seperti penubuhan
PUTERA-AMCJA. Walaupun kerjasama politik mereka menemui kegagalan, namun
perjuangan orang Melayu menunjukkan kematangan mereka yang sanggup untuk
bersatu demi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
Penulis
juga menyokong usaha golongan radikal kearah kemerdekaan yang dapat dilihat melalui penekanan penulisannya tentang penubuhan parti politik
radikal dan jalinan kerjasama politik ini. Pemilihan tajuk oleh penulis juga
amat tepat kerana keadaan politik semasa yang semakin bercelaru kerana mainan
politik perkauman oleh sesetengah pihak yang mengamalkan politik kotor dan
sempit. Pendedahan ini adalah sangat perlu kerana sejarah politik Malaysia
sepatutnya dikaji dan dijadikan panduan bagi
memberi iktibar dan pengajaran kepada semua penduduk.
2.0 ULASAN
KRITIS ARTIKEL
Perjuangan
golongan nasionalisma radikal ini bermula dengan idea dan pemikiran pengarang
seperti Ahmad Boestaman yang disiarkan melalui akhbar Suara Rakyat. Idea dan
pemikiran mereka disebarkan dan meyakinkan penduduk dengan menyeru kepada
seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang supaya bersatu bagi menentang
Malayan Union serta mendesak
British supaya menyerahkan hak mentadbir dan memberi kemerdekaan kepada
penduduk Tanah Melayu. Pendapat tersebut diterima dan dijadikan asas perjuangan
penubuhan parti politik dan gabungan
pertubuhan pelbagai kaum yang berkerjasama memperjuangkan kemerdekaan seperti
penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) yang memperjuangkan
tuntutan kemerdekaan dan membela bangsa Melayu. Saya menyokong usaha mereka dengan
penggunaan idea yang bernas dan strategi penyebaran maklumat yang lebih meluas
dan berkesan.
Setelah
penubuhan PKMM, golongan nasionalisma seterusnya menjalinkan kerjasama politik
dengan bergabung menjadi PUTERA-AMCJA yang memperlihatkan kerjasama erat
pelbagai parti dan boleh bersatu untuk terus maju kehadapan. Pengabungan ini
akan memberi lebih kepelbagaian strategi politik untuk menuntut kemerdekaan.
Bagi British pula mereka melihat gabungan ini sebagai kumpulan radikal kerana
menentang British dan Malayan Union. Gabungan PUTERA-AMCJA terpaksa melalui
liku-liku kesulitan kerana ditentang
oleh British dan tidak mendapat sokongan dari golongan elit Melayu sendiri.
Saya merasakan bahawa British lebih berminat kepada pihak yang boleh
berkompromi dengannya sahaja tanpa mempeduli semangat nasioanalisma yang
ditunjukkan oleh penduduk.
Pengabungan
PUTERA-AMCJA telah mencadangkan prinsip Perlembagaan Rakyat yang terbaik kepada
orang Melayu serta kebaikan kepada golongan imigran. British telah menolak
cadangan tersebut dan diganti dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
disokong golongan moderate. Penolakan cadangan tersebut telah mencetuskan
tindakan mogok dan sekali lagi akhbar Suara Rakyat digunakan untuk menyebar
kempen dan propaganda secara meluas bagi membantah tindakan British.
Penentangan tersebut menyebabkan British menguatkuasakan Akta Darurat 1948 yang
memyebabkan pejuang radikal ditangkap dan dipenjarakan. Tindakan British
tersebut masih belum mampu menghalang semangat pejuang radikal kerana mereka
masih bersemangat menentang British. Saya juga bersependapat dengan pandangan
penulis bahawa Perlembagaan Rakyat itu adalah satu idea yang baik untuk
berkerajaan sendiri manakala golongan moderate pula hanya lebih mementingkan
diri dan mendapat perlindungan British.
Penubuhan
parti UMNO adalah setelah kegagalan
mencapai kata sepakat dalam Kongres Melayu Malaya yang dihadiri semua
pemimpin termasuk golongan radikal. Parti UMNO dan idea gabungan PERIKATAN yang
dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman lebih diterima umum menyebabkan golongan
radikal terpinggir. Strategi tersebut telah melemahkan gologan radikal
sementara PERIKATAN pula telah mendapat laluan mudah dan mendapat kerjasama
British. Usaha golongan radikal yang bermatlamatkan kemerdekaan negara telah
musnah dan dinafikan. Namun begitu, saya menegaskan bahawa semangat golongan
radikal masih kuat kerana mereka masih meneruskan perjuangan mereka dengan
pengabungan Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya yang membentuk Barisan
Sosialis.
Melalui
penelitian dan kajian penulisan sarjana lain, terdapat dua pandangan berbeza
terhadap penulisan artikel ini. Pendapat pertama adalah menyokong usaha
golongan radikal menuntut kemerdekaan Tanah Melayu manakala pendapat kedua pula
menolak ideologi yang dikatakan berbaur komunis. Perjuangan golongan radikal menjadi isu yang
sensitif untuk diperkatakan dan boleh mengundang kontroversi kepada individu
yang mempertahankannya kerana tidak sehaluan dengan dasar kerajaan sediaada dan
dianggap menderhaka kepada negara. Saya bersetuju dengan pendapat penulis yang
menyokong usaha golongan radikal yang bersama-sama berjuang menuntut
kemerdekaan dan menentang penjajahan British.
3.0 KEKUATAN
DAN KELEMAHAN ARTIKEL.
Penulisan
artikel ini memberi sumbangan yang besar kepada pengetahuan dan kebenaran
disebalik tohmahan terhadap golongan radikal dalam perjuangan dan usaha
murni kearah kemerdekaan negara yang
sentiasa mendapat tentangan British
berbanding golongan moderate yang
mendapat laluan mudah kerana menentang Malayan Union tetapi menerima penjajahan
British. Penulisan ini juga menceritakan bahawa golongan radikal ini telah
mendahului zaman dan tahap kematangan mereka menuntut kemerdekaan negara dengan
melakukan pelbagai cara taktik penentangan dan protes dengan bersatu dan
berkerjasama dengan pelbagai parti. Walaupun
mereka mulai ditolak penduduk setelah penubuhan dan kempen hebat PERIKATAN, mereka masih lagi berjuang
dan menubuhkan gabungan parti baru untuk menentang British.
Penulisan
ini juga memberi perspektif baru berkaitan kerjasama erat parti politik
pelbagai kaum walaupun bukan dari parti perkauman yang sama namun mereka
berjaya melahirkan Perlembagaan Rakyat. Penulis juga memberi pandangan bahawa
peranan ahli politik bukan sahaja tahu memimpin bahkan juga mesti mengetahui
sejarah politik silam yang dapat dijadikan ikhtibar demi keharmonian dan
kesejahteraan rakyat berbilang kaum. Pandangan penulis tersebut
berdasarkan bukti dan sumber penulisan yang kukuh dan pelbagai serta
mendapat sokongan dari Universiti Sains Malaysia.
Penulis
memberi kesimpulan berbeza berbanding sarjana lain dengan lebih menghormati
perjuagan golongan radikal berbanding beberapa sarjana yang menggangap
perjuangan tersebut hanya sia-sia dan berbaur komunis. Kupasan yang dibuat
penulis tentang perjalanan menuntut kemerdekaan golongan radikal juga sangat
jelas dan membuka minda pembaca menilai semula perjuangan tersebut dan
sangat menarik untuk pendebatan ilmiah.
Penulisan tersebut mudah difahami dengan gaya penceritaan yang menarik
tetapi penyusunan tentang perjalanan
golongan radikal sedikit tidak teratur tetapi tidak menjejaskan mutu penulisan.
4.0 PENUTUP.
Penulisan artikel ini telah membuka
minda pembaca tentang perjuangan golongan radikal dan cubaan awal pelbagai
politik yang menuntut kemerdekaan dan penjajahan British di Tanah Melayu.
Semangat perjuangan yang berkobar-kobar
telah menyatupadukan seluruh kaum menentang penjajahan British dengan kerjasama
dan toleransi parti politik. Kaedah penentangan mereka juga telah mendahului
zaman dan pemikiran penduduk pada waktu itu. Kematangan dan kerjasama menetang
British tetap diteruskan bersama UMNO dan PERIKATAN walaupun ideologi dan
haluan penentangan mereka berbeza dan namun mempunyai matlamat yang sama.
Perjuangan yang menempuh banyak dugaan dan cabaran serta dipinggirkan yang
akhirnya menemui jalan buntu serta pengakhiran
sebuah perjuangan yang dinafikan.
5.0 BIBLIOGRAFI
Azmah Abdul
Manaf, 2003. Kemunculan Malaysia Moden,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Azmah Abdul
Manaf, 2012. Malaysia : Gerakan Kesedaran
& Nasionalisme, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Hassan Ibrahim,
et, al. 1983. Negara Kita: Sejarah,
Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran
Awam Negara.
Ismail Said,
2008. Dr Burhanuddin Al-Helmi: Pejuang
Melayu Sejati, Shah Alam: Karisma Publication.
Mohd. Isa
Othman, 2002. Sejarah Malaysia (
1800-1963 ) , Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Noriah Jalil,
1986. Hari Ini Dalam Sejarah: Jilid IV,
Arkib Negara Malaysia.
Rohani Ab.
Ghani, Zulhilmi Paidi, 2002. Kenegaraan
Malaysia: Isu-Isu & Perkembangan, Bentong: PTS Publications
Distributor.
Zainuddin
Maidin, 2004. Wira Tak Didendang,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Zulhilmi Paidi,
Rohani Ab.
Ghani, 2003. Pendidikan Negara Bangsa,
Bentong: PTS Publications Distributor.
No comments:
Post a Comment